Wednesday, June 1, 2011

Captured: Pesta Keroncong Johor 2011

Pesta Keroncong Johor 2011 telah diadakan selama tiga hari bermula dari 27hb Mei hingga hari kemuncak 29hb Mei di Stadium Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada pukul 8 malam. Seperti yang dijanjikan, JOHO berada di sana untuk turut sama memeriahkan pesta tersebut. JOHO ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga JOHO yang hadir pada malam itu. Sama-sama kita memperingati serta mengenal muzik keroncong sebagai salah satu dari budaya kita.

Kita telah buktikan kepada Johor yang anak muda negeri ini tidak tuli. Kami mahu ambil peduli :)

Dibawah ini adalah serba sedikit gambar yang telah diambil pada malam tersebut. Kredit sepenuhnya kepada Amirul Izwan.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails