Thursday, August 25, 2011

Paso Bumbong 2011: Senarai booth

Sekali lagi JOHO membawakan Paso Bumbong kepada semua warga JOHO. Paso Bumbong ialah slang orang Johor untuk Pasar Bumbung di mana kami akan mengadakan jualan di atas bumbung tempat letak kereta Plaza Seni, Johor Bahru pada hari Sabtu ini bersamaan 27 Ogos 2011 bermula dari 3 petang hingga lewat malam.


Tarikh: 27 Ogos 2011 (Sabtu)
Masa: 3 petang hingga lewat malam
Tempat: Bumbung tempat letak kereta, Plaza Seni, Johor Bahru.

Terdapat lebih 20 usahawan-usahawan muda yang akan mengambil bahagian yang akan menjual barangan/pakaian vintage untuk korang bergaya di hari raya nanti. Berikut adalah senarai usahawan untuk Paso Bumbong nanti:

1. GEROBOK KLASIK
2. THE GOOD OLD THINGS
3. THE GIRL NEXT DOOR
4. KHEDAI KAIN
5. BUNDLE OLOK-OLOK
6. MY WARDROBE CLEARANCE
7. 27TH FRIDAYS
8. THE SCANDALIST
9. PSYCHEDELIC
10. THE SUPERSUNDAY
11. KUKUBESI
12. AIR BOTOL SUDIN
13. POI BUNDLE
14. SEMPOI-SEMPOI JE LAH
15. ALL ABOUT VINTAGE
16. BIGFOOT BUNT
17. GALAXY BUNDLE
18. STATIK
19. KELAB KELAHI SELATAN
20. RISING SUN BUNDLE
21. JAILUD BUNDLE
22. NASI LEMAK KOMBI
23. ORGANISASI PAPAN SELAJU JOHOR
24. AL-IKHWAN
25. FANCY PINS

Bagi warga JOHO yang telah pergi ke Paso Bumbong tahun lepas, korang semua mesti dah tahu apa yang akan dihidangkan kepada korang pada hari Sabtu ini nanti. Selain daripada membeli-belah, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain seperti Open-mic session, cabutan bertuah serta aktiviti fotografi bersama KUKUBESI (sila lihat Gerak Gempur KUKUBESI).

Jumpa korang semua di atas bumbung Plaza Seni nanti. Meh kita hidupkan suasana hari raya dengan cara kita :)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails