Saturday, May 8, 2010

Sinema Karung Guni II


SinemaKarungGuni 2 dipersembahkan oleh JOHO dan bersama kurator undangan dan karyawan, Amir Muhammad dan karyawan Sanif Olek dengan sokongan Miles Films, reeljuice, Kick The Machine, Straits View Pictures

Tarikh: 29 Mei 2010

Waktu
sesi 1: 5.30ptg – 7.03 mlm *bersama kurator undangan
sesi 2: 8mlm – 10.45 mlm *bersama karyawan
*termasuk sesi sembang sekitar 10 minit setelah tayangan setiap filem panjang dan sekumpulan filem pendek.

Tempat: Lost Malaya, Johor Bahru

Bayaran masuk: RM10 untuk semua sesi

Filem yang akan ditayangkan:

Mysterious Object at Noon (83 min / Thailand / 2000)
Dokumentari serba unik ini mengajak beberapa warga Thai dari segenap umur dan lapisan masyarakat untuk menyambung kepada sebuah plot fiksyen; tekniknya seperti rantaian cerita yang terkadang lucu dan absurd. Pengarahnya, Apichatpong Weerasethakul, kini antara sutradara yang paling disegani di persada seni filem antarabangsa.
*U

The Year of Living Vicariously (63 min / Indonesia-Malaysia / 2005)
Dokumentari skrin-terbelah oleh pengarah Malaysia ini menyorot pengambaran filem Indonesia, Gie (2005) di pertengahan 2004, di ketika negara itu buat pertama kalinya melalui pemilihan presiden secara langsung. Turut memetik pendapat dari pelakon [termasuk Nicholas Saputra], kru dan pelakon tambahan filem itu mengenai pentadbiran negara, dunia perfileman dan mitos bangsa dahulu dan kini.
*U

3shorts by Amir Muhammad

Lost (9 min/Malaysia/2002)
279,654 Malaysian identity cards were reported missing in the year 2001. This is the story of just one.
*U

Friday (8 min/Malaysia/2002)
An afternoon at the National Mosque encourages thoughts both sacred and profane.
*PG13

Checkpoint (9 min/Malaysia/2002) Travel in the post-Osama world can get complicated - especially if you insist on travelling cheap.
*U

Trilogi Cinta Sanif Olek

Lost Sole (17 min / Singapura / 2005) 'Lost Sole' berlaku setelah solat Jumaat di Kampung Glam apabila Haji Sabtu menyedari kehilangan seliparnya. Pencarian selipar membawa kepada penemuan dirinya sendiri.
*U

à la folie (12 min / Singapura / 2009)
Diilhamkan dari teks klasikal Ramayana. Berlatarkan “Little India” Singapura di Jalan Serangoon, filem kedua di dalam Trilogi Cinta meneroka cinta dengan gaya pasca moden. *PG13

Ameen (17 min / Singapura / 2010)
Filem terkemudian ini mempertanyakan erti cinta di sebalik sampul rohani dan selaput yang tercela.
*PG13

Semua filem disertakan dengan sarikata Bahasa Inggeris / all films come with English subtitles.

Sila bawa bersama bantal, tikar, guni kekacang, makanan ringan yang menyihatkan, hati yang terbuka dan lain-lain yang sesuai untuk keselesaan tontonan anda.

pautan:
http://www.joho.my
http://amirmu.blogspot.com
http://www.kickthemachine.com
http://reeljuice.net
http://straitsviewpictures.co.cc/

7 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails