Wednesday, May 25, 2011

Pesta Keroncong Johor 2011

Sepanjang minggu ni JOHO dah cucuk korang semua dengan muzik keroncong. Kita dah tahu serba sedikit mengenai muzik ni, terima kasih pada korang yang tak segan dan sama-sama kongsi pendapat. Jadi sekarang dah tiba masanya kita sama-sama meriahkan Pesta Keroncong Johor 2011 dan layan muzik ni secara live kat Stadium Majlis Bandaraya Johor Bahru pukul 8 malam pada 29 Mei 2011.


Korang boleh jugak panaskan badan dan melayan hawa telinga korang dengan lagu-lagu keroncong terbaik di:

  • IOI Mall Kulaijaya pada 27 Mei 2011 jam 4.30 petang
  • JB Nite Bazaar, Legaran Segget pada 27 dan 28 Mei 2011 jam 9 malam
  • Kompleks Pasir Gudang pada 28 Mei 2011 jam 4.30 petang
  • Laman Muzium Tokoh pada 28 Mei 2011 jam 8 malam.

Sempena Pesta Keroncong Johor 2011 ini, JOHO jugak ada buat gathering untuk semua JOHO lovers. Anda semua dijemput hadir supaya kita boleh sama-sama celebrate, appreciate dan relate dengan muzik epic ni. Cari dan jumpa kami di booth JOHO yang gerenti meriah sebab korang pun ada sekali. Meh kita beramas mesra.

JOHO akan adakan concept photoshoot (seperti dibawah ni) so jangan segan silu untuk mampir. Kami akan featuredkan gambar-gambar tersebut dalam blog ini nanti. Selain daripada itu, JOHO juga akan jual sedikit merchandise sempena Pesta Keroncong Johor 2011. Seperti biasa, siapa cepat dia dapat :)


Dalam kita semua sibuk mengaggungkan karya orang luar, rupanya masih ramai yang jahil tak tahu apa itu keroncong. JOHO harap dengan adanya pesta sebegini, dapatlah kita mengenal kembali budaya kita. Dah tiba masa kita menjulangnya.



Di kesempatan ini, JOHO nak pay tribute untuk Allahyarham Yasmin Ahmad kerana beliau tidak jemu mendidik anak bangsa untuk appreciate muzik kita melalui karya-karya beliau. May her rest in peace. Al-fatihah.


a tribute to Yasmin Ahmad
1958-2009

2 comments:

  1. haha... typo ''BERAMAS MESRA'' len mcm jer tuh..?

    ReplyDelete
  2. haii brother ,, maybe next time my group can joint with ur program about keroncong... by: TJONG YOUNG from Indonesian

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails