Terlihat roh sendiri berbaris menyertai perarakan semangat muda mudi johor GILA seni. Dendangan demi dendangan diperdengarkan memberitahu ketibaan masa. ya, masa yang mengingatkan tentang sungai yang mengalir arus keintelektualan dalam seni telah semakin kering.
Bukan kah ini puncanya kita berbondongbondong disini?
Di JOHO tanah Johor?
Bukah kah kita disini menagih janji?
Di JOHO tanah Johor?
Bukan kah kita mahu memuaskan serakah seni disini?
Di JOHO tanah Johor?
Bukan kah kita sedang menghirup setiap tetes seni dirembes kepala muda mudi?
Di JOHO tanah Johor
Bukan kah kita telah tertagih sekarang?
Bukan kah kita di JOHO tanah Johor?
Aku lihat mindaminda terlahir dari pandangan lensa, *Flash! Flash!Flash! dalam aneka warna gelap hitam retorik bercakap perjuangan dengan sendirinya. Irama pak tua lapuk pernah dicebik ;boo!tak cool dengan sendiri diperakui jiwajiwa berontak yang terkumpol bersama haba lembab dari badan berdeodoran. Digesekgesek naluri malu perakui setanding herotan bunyi sang violin. Dan hummpfff... Wangian para bidadari sekala melegakan nostril yang ditentang pelbagai odor. Aku tak kesah, aku kenal akan bau didalam ceruk berkaca ini. Bau yang menceritakan pelbagai keresahan gelisah masyarakat, bau antara hembusan nafas harmoni musika, akustik berimpak. Bau karya budaya anak muda.
Disebalik dinding kelalang ini, ratusan merungut gagal kehadapan. Hadirin cuba khusyuk biar diluar linkungan, apa yang dihambur si tegar bersenjata pembesar suara. Si tegar beraneka wadah perjuangan menuju entiti sama ~ masok!masok!masok! masuk kan seni dalamdalam jiwa kamu. Dan solo, lagi solo trompet sexafon akustik lebih akustik. Tidak kah itu sedikit melegakan?
Selesaikah hutang lama? Hilangkah dahaga? Terisikah kekosongan minda tahun baru bermula? Masa telah hilang kepercayaan nya, jika tidak tentu aku dapat multiple orgasme. Resah lagi, sedikit telah lega dan ucapanucapan tahniah!congrats!sudah lewat!aku blah!chow!jumpa lagi!u guys rawk! berlegarlegar di ruang udara berembun Teluk Danga.
Maaf dunia, aku tak mampu halang kebangkitan mereka...
-catatan John si ‘orang gila’-
-0315 Ahi Jan 03, 2010, wilayah separa sedar-
*artikel ini telah dipublish di separasedarpedulihapa.blogspot.com pada jan 06, 2009
No comments:
Post a Comment