Aku lumat dalam hati,
Apa erti semat?
Jaja kata pada sang jibrail waktu,
Berjanji pada penjahanam cerlak hidup.
Buntu hati sangka-kala meniup,
Taufan kiamat memutar akal fikiran.
Selesaikah panorama ikutan dibazir?
Hanya saki-baki rengsa si kelesa yang perlu di jentik.
Bongkaslah dari dodoi bobok yang melekakan,
Agar keborosan waktu itu tidak mencekik.
aku mahu ini
kebulatan hati,
ketekunan,
ketulusan,
keazaman,
penyungguhankata......
dan;
bila lagi aku menyambung tanyaku? pabila kau tanya padaku bila.......
entry by Boyd Fadzlee a.k.a ~broken fleet~
November 16, 2009
No comments:
Post a Comment