Tuesday, January 19, 2010

Monsoon Mayhem

Entry by Mynn Bachok
blog: mesin tangkap gamba


Pada 2 Januari lepas secara tidak sengaja saya dan beberapa sahabat telah menghadiri acara 4th Monsoon Mayhem International Surf Challenge 2010 yang bertempat di pantai Desaru Golden Beach Hotel, Kota Tinggi Johor. Sebenarnya kami digesa oleh para pensyarah untuk membuat satu lawatan tapak ke pesta rakyat bagi subjek Studio Pelan Pembangunan II untuk pembangunan desa dan pembangunan wilayah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Pesta rakyat tersebut difahamkan diadakan pada tarikh yang sama dengan acara sukan meluncur air tersebut, akan tetapi lokasi sebenar pesta tersebut tidak dapat dikenalpasti dengan sebetulnya.

Kami mengjangkakan pesta rakyat ini diadakan di Pantai Desaru memandangkan salah seorang sahabat yang menyertai lawatan ini telah ke sana terlebih dahulu dan mengatakan adanya sesuatu pesta disitu. Dan apabila sampai, kami dapati ini bukanlah pesta yang patut kami pergi. Malas untuk berpatah balik, kami memutuskan untuk meneruskan pemerhatian di pesta ini kerana ia juga merupakan satu akitiviti yang menjana produk pelancongan di kawasan KEJORA.

Serius. Sangat teruja. Ini kali pertama saya melihat acara pertandingan sukan air ini dengan secara langsung. Dari jauh diperhatikan sangat ramai pelancong dan pelawat yang datang sama ada dari dalam dan luar Negara kerana melibatkan acara ini melibatkan penyertaan diperingkat antarabangsa yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara. Penyertaan pemain professional dan pengalaman antarabangsa telah menarik lebih ramai pengunjung untuk melihat acara ini. Antara pemain yang menyerrtai adalah dari Singapore, Malaysia, Indonesia, Thailand dan banyak lagi. Terdapat 5 kategori yang dipertandingakn iaitu Terbuka Lelaki Shortboard Surfing, Terbuka Lelaki Longboard Surfing, Terbuka Wanita Surfing, 16 tahun dan kebawah Grommet Surfing dan akhir sekali ialah Terbuka Bodyboard.

Kedudukan Lokasi Desaru Golden Beach Hotel adalah sangat strategik dimana berada dekat Laut China Selatan yang mempunyai ombak musim monsoon yang tinggi dan sesuai untuk para pemain sukan luncur ini beraksi terutamanya pada akhir bulan November sehingga bulan Mac. Perjalanan dari Singapura ke Desaru pula menjadi lebih mudah kerana terdapat banyak laluan sama ada dari darat iaitu melalui Jambatan Linkedua ataupun Johor Causeway mahupun dari lautan iaitu dengan feri dari Changi Terminal ke Tg. Belungkor atau Tanah Merah ke Tanjung Pengelih. Kedudukan pantai desaru dengan Singapura yang dekat juga menyebabkan kebanyakan pemain sukan luncur dari Negara ini sering kesini untuk beraksi terutamanya pada hujung minggu.

Acara tahunan sukan luncur air ini merupakan anjuran bersama pihak Bigfoot Industries Enterprise, Desaru Golden Beach Hotel dan beberapa agensi kerajaan iaitu Jabatan Pelancongan Malaysia-Johor, Kerajaan Negeri Johor dan juga Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Terdapat acara sampingan seperti jualan produk IKS dan pameran yang diadakan. Terdapat boot2 jualan yang menjual baju-baju, aktiviti shooting oleh para jurugambar selain terdapat persembahan live band yang menghiburkan lagi suasana pesta sukan air ini.


Acara sebegini sememangnya mampu memberi satu perspektif yang lebih menonjol dalam aktiviti sukan luncur air ini dikalangan pemain tempatan. Ia juga mampu menarik lebih penyertaan oleh warga tempatan untuk turut serta memeriahkan acara ini selain menarik golongan muda supaya lebih berani mencungkil bakat dalam aktiviti sukan ini untuk bersaing diperingkat antarabangsa. Dari perspektif ekonomi pula acara ini dilihat dapat membangunkan satu produk pelancongan baru berasaskan sumberjaya pantai.

Aktiviti ini sangat berjaya menarik semua peringkat umur untuk turut serta menyaksikan pertandingan ini yang juga merupakan acara yang setaraf diperingkat antarbangsa. Ia juga meningkatkan jumlah kemasukan pelancong ke rumah-rumah atau bilik-bilik penginapan di sepanjang persisiran pantai Desaru ini. Secara tidak langsung, acara Monsoon Mayhem International Surf Challenge 2010 ini juga dapat membuka peluang ekonomi kepada pemasar kecil-kecilan iaitu penduduk tempatan melalui penjualan makanan ringan, barangan kraftangan dan cenderahati yang terdapat disini.

Bagaimanapun, keputusan pemenang bagi acara sukan luncur air ini tidak diketahui kerana lawatan kami kesini tidak lama memandangkan terpaksa pulang ke kampus semula pada hari yang sama sedangkan acara ini berlanjutan sehingga keesokkan harinya. Namun demikian, saya dan para sahabat tetap merasa puas kerana disamping menjadi penonton acara ini kami juga sempat bersuka ria bermain air di pantai Desaru tersebut. Serius. Tidak rugi pun datang kesini. Kami sangat enjoy disini.

Untuk gambar sila buka -
http://nikonkecikcinonnet.blogspot.com/2010/01/4th-monsoon-mayhem-international-surf.html
http://www.aizec.com/2010/01/monsoon-mayhem-2010-part-3-dede-suryana.html
http://www.aizec.com/2010/01/monsoon-mayhem-2010-desaru-johor.html
http://www.aizec.com/2010/01/monsoon-mayhem-2010-part-2.html

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails