Tuesday, March 2, 2010

Sinema Karung Guni 1

KL-Asia-Eropah-JB

SinemaKarungGuni sesi 1: 20 Februari 2010


Minat aku terhadap filem pernah luntur buat seketika sehinggalah aku mula menghadiri tayangan filem-filem bebas di sekitar Kuala Lumpur pada awal 2000an. Perpindahan ke Kuala Lumpur atas sebab umum melanjutkan pelajaran, sedikit sebanyak menjadi permulaan kepada penghijrahan dalam beberapa perkara lain. Mungkin aku pernah menonton filem-filem alternatif melalui DVD atau VCD (yang menyakitkan mata) di rumah, tapi seingat aku Kelab Seni Filem Malaysia (KSFM) kelolaan Pak(cik atau Bapak) Wong Tuck Cheong di Kuala Lumpur merupakan salah-satu ejen penting kebangkitan kesedaran sinema di sana.

KSFM menjadi medan pertemuan dan persahabatan antara mereka yang berkongsi minat yang sama. Kelab ini masih aktif sejak 70an walau berlaku pertukaran pusat tayangan dan anggotanya. Dekad mutakhir merupakan era yang paling mencabar untuk KSFM kerana ia bersaing dengan beberapa inisiatif berkenaan sinema alternatif yang turut menganjurkan pertunjukkan dan pertandingan filem pendek terutamanya, dengan kelebihan habuan yang boleh dikira lumayan. Filem-filem bebas yang membentuk sebahagian dari Sinema Dunia yang tentunya datang dari seluruh pelusuk bumi semakin mudah didapati di Lembah Kelang meski bukan dalam bentuk tontonan/tayangan terbaik.

Namun aku dan teman-teman yang boleh dikira graduan KSFM masih menonton selagi berkesempatan, walau pola menonton kami mungkin sedikit berubah memandangkan segelintir dari kami juga sudah menjadi pengkarya.

Pengalaman menonton di KSFM dan banyak lagi filem-filem yang dipinjamkan sahabat baik melalui DVD sedikit sebanyak telah membantu aku menghasilkan filem-filem yang kemudian membolehkan aku, sekurang-kurangnya, berpeluang menonton di beberapa pesta filem di Asia dan Eropah.


Aku sangat lega apabila tayangan/sembang separa-sulit SinemaKarungGuni (SKG) dapat dilaksanakan di Johor Bahru baru-baru ini. Mungkin ia sebahagian dari limpahan rahmat di sebalik sedikit halangan untuk menganjurkan festival filem dalam skala dan misi yang agak besar di Kuala Lumpur yang belum pernah ada di Malaysia hingga sekarang.

Aku terharu dan hargai sokongan dalam pelbagai bentuk oleh rakan-rakan dari luar JOHO, JOHO sendiri dan Embrace Hall yang menjayakan – dengan semangat rewang – edisi sulung yang menayangkan dua buah filem arahan Jean-Luc Godard dan sebuah dari Mohsen Makhmalbaf. Kenapa dengan filem daripada dua karyawan ini? Aku rasa tak banyak masa yang tinggal dan semoga ia pilihan yang tepat. Ia pengalaman baru untuk banyak orang yang terlibat, malah aku sendiri teruja kerana tidak pernah mengalami tayangan filem-filem sedemikian di Johor Bahru.

Masih banyak ruang untuk seni kontemporari di Johor Bahru. Aku harap SKG satu titik mula yang positif. Mungkin bakal ada loncatan seketika ke fasa yang seterusnya iaitu SINEMAterSOROK – yang berskala sedikit lebih besar dari SKG – lantaran permintaan dan tawaran daripada karyawan filem bebas dari Indonesia yang ingin berkelana dengan filem mereka di Malaysia.

info penulis: Azharr Rudin, lahir dan membesar di Johor Bahru, merupakan antara segelintir pembikin filem Malaysia yang menyerlah di sirkit festival filem antarabangsa. Beliau singgah sebentar di JOHO.



Pasca dan reaksi


  • Toqreemaow JayBee: Tahniah Penganjur Sinema Karung Guni. Tahniah Embrace Hall!

    Berdebar Tok bila tiba-tiba Azhar pin point Tok untuk bagi komen tentang Breathless. Ilmu filem Tok tak seberapa. Rasa macam jawab soalan lisan Bahasa Inggeris SPM. Nasib baik lampu tak terang sangat, tak nampak peluh kat dahi.

    Apa pun,
    Bagi Tok, pelajaran paling penting malam itu adalah:
    1) Tiada cara salah membikin filem.
    2) Tiada cara salah menonton filem.

    Tok harap penonton yang hadir akan teruja dan mula berekperimentasi dgn media motion picture.

    Terimakasih penganjur.

  • Kluxorious Kluxces: kenapa balik awal? Bread and Flower layan habis.

  • Toqreemaow JayBee: Klux,
    Bukan balik. Ada 'urusan seri paduka baginda' yang mesti dilaksanakan. Sesal juga tak dapat layan filem Iran. :-(

    Nak dengar review Klux tentang film-film Sinema Karung Guni. Kongsi la.

  • Kluxorious Kluxces: saya rasa badan Michel sangat sasa! hahahaha ok ok lets be serious XD

    Untuk Breathless, rasanya the crime and the romance were well balance. Yang melekat dalam paler otak bila dia quote Faulkner: Given a choice between grief and nothing, I'd choose grief. Dalam tu. And in the end memang Michel chose Nothing pun.

    Tok tanya pasal music dia kan? Rasa memang it's something yang trendy pada masa tu but at the same time there's reference to Mozard, Brahm and Chopin. So memang klasikal jugak la.

    As for Bread and Flowers, it shows how the two generations have their own way of handling the situation. Orang dulu chose violence while the youths were striving towards peacefulness. They may talked about saving the mankind but they have different approaches. I think that was pretty deep in and of itself. Just think of the difference it can make if the young Palestanian/Iraqi have the same mentality?

  • Toqreemaow JayBee: Re: Breathless
    My favret scene adalah scene ending. Berlari jauh dalam keadaan nazak dengan darah meleleh kat belakang. Simply love that scene.

    Dari segi tema Lelaki vs wanita pula, Tok lihat wanita cantik yang bijak juga terperangkap cintakan bad boy. Lelaki pula sering kecundang kerana keghairahannya terhadap wanita cantik. So true.

  • Kluxorious Kluxces: hehe dari sasa jadi nyah. lari memang tak bleh blah but yeah because of that it was memorable.

    cinta itu sendiri complicated =)

  • Nabilla Riza: tahniah azharr.. memang best laa karungguni cinema!

  • Yusri Bachok Ypdb: banyak ilmu yang di kongsi, aku dapatkan itu...

  • Azrafe Zaky: yeah....ILMU tu yg kita sama2 mau kan...kudos ntuk semua kerana effort yg diberikan...kita sama2 tunggu fasa kedua nanti. yea!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails